Sunday, October 31, 2010

Rumahku SyurgaKu


                 
Dah lama tak ber update… En.Bob dan CikMem terBuzy dgn perkara yang menuntut kami mengutamakan kerja dari yang lain lain..... emmm bulan 10 yang lalu kami sekeluarga telah bercuti ke Bandung... WHAT!!! Bandung again......(petikan dr kata2 Opis Mate CikMem yang penuh emo, Sebab katanya CikMem asyik ke bandung ajer).  Err betul juga katanya... tapi tak tau knp Bandung ni best tau.... Di entry yang lain akan Cik mem ceritakan yer.....la ni Cikmem nak citer satu haritu CikBob balik lambat sebab meeting. Sedang ajer bukak Gate dengan Honey tetiba je ada la org dok tegur kami..... "Eh.. you tinggal rumah ni?.. Cik Mem pun angguk ajer lah sambil tersenyum.. Dia pun Cakap lagi " Eh, you kerja kilang pun boleh tinggal Rumah Macam ni yer????.  Masa tu Cikmem rasa Blurr tau... CikMem tau la Cikmem kerja kilang..tapi xpayahlah ckp macam tu... kan rezeki masing-masing... Nasib yang cakap tu bukan orang melayu.... Lepas je dia cakap macam tu Cikmem terus Blah jer. Tutup gate tutup pintu dan bingung beserta bengang giler...Macam bagus je..Cerita pasal rumah ni pun memang kami x sangka sangka kami akan duduk di rumah Semi-D ni.. Baru Kawin 1thn dah beli rumah.. inilah namanya rezeki....Alhamdullilah disini kami mencipta bahagia .suka.duka.Susah Senang hidup Berumah Tangga Sehingga Hadirnya Nurnafisah Hanani . Intan Payung Gunung Meletup kata CikBob...

Sunday, July 4, 2010

TAWAR JANGAN TAK TAWAR

Setelah penat jalan di Jalan Chempelas jumpalah satu kedai yang menjual bermacam-macam barangan ketenteraan sambil duduk Adik Ipar kawan teruja dengan topi keledar ala ala pilot helikopter...memang cantik dan unik..Bila di tanya harganya lebih kurang Rp200k..Mula macam nak beli jugak tapi tuan punya kedai tak dapat nak kurangkan lagi harganya jadi malas la pulak...Tapi kalau kawan beli kompom naik motor kawan garenti pakai siap ada wayar hand phone tu kalau nak sambung terus kat Hp..peh..peh.Tak pe bulan Oktober ni kawan ada satu trip lagi kesana nanti dia akan ku beli juga akhirnya...Kawan-kawan nak beli?kalau nak beli jugak jom bulan 10 nanti...

MACET DI JALAN CHEMPLAS BANDUNG

Lawatan kami di lanjutkan terus ke Bandung..jadi kalau tak jengah kawan-kawan kat Bandung ni memang tak sah..Tapi agenda utama kami ke Indonesia ni memang nak ke Bandung pun Jakata tu just nak relax-relax je layan macet yang memang gila di Jakarta..Berbalik ke Bandung pada petang hari ketiga saya dan rombongan telah saja-saja pergi melihat di Jalan Chempelas ha...ko..macet jugak tengoklah macam di dalam gambar..Kawasan Chempelas ni tak lah hebat mana pun pada saya kalau betul nak membeli belah Pasar baharu la tempat utamanya...lagipun penjual kat sini harga nya kebanyakkan "lutsinar" tak boleh nak tawar...Barang-barang yang banyak di jual disini macam kat kedai 2 ringgit kita jugalah tapi atas sikit jelah....kalau kawan-kawan nak cuba kesini?jangan lupa hubungi kami???

SOEKARNO HATTA JAKARTA

Lama sungguh dah tak update blog ni...sekarang bertemu kita lagi di dalam blog Honeymanistravel ini.Ok gambar yang kawan-kawan saksikan sekarang ialah gambar yang di ambil di Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta..Maklumlah Airport ni boleh tahan besarnya penat jugaklah menapak dengan si Honey ni..Airport Soekarno Hatta ni merupakan Airport International jadi bermacam-macam Kapal terbang yang boleh dilihat disini dari Egypt,Japan,Saudi dan bermacam-macam lagilah...Bila jejakkan saja disini keterujaan rombongan saya boleh dilihat dengan masing-masing dah tak ingat nak makan siang semuanya exited je...nak tahu lebih lanjut lagi?Tungguuuu

Monday, April 5, 2010

BAJAI DI JAKARTA

Cerita tentang kenderaan yang popular di Jakarta ni ada satu yang agak unik dipanggil "Bajai".Ia merupakan pengangkutan budget selain dari "Ojek".Kalau bagi family yang kecil disini banyak menggunakan Bajai ni yang boleh memuatkan lebih kurang 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak yang di pangku.Bajai mempunyai 3 roda yang masing-masing dihias menarik macam Beca bila diMalaysia.Kalau di Siam dipanggil "Tut tut" lebih kuranglah dengan Bajai ni.Dalam gambar ni kelihatan sebuah Bajai yang cuba nak cilok didalam "macet" kota Jakarta..Memang dah diketahui Kota Jakarta memang sangat macet(jem) kerana populasi disini menjangkau 11 juta orang,ramai kan?Ish...ish itulah Jakarta yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus merempat...Kalau di Jakarta banyak Bajai yang membuat jalanraya kelam kabut di Bandung pula dengan Angkutan Kotanya..yang pasti merekalah yang membuat keunikan kepada pelancong yang bertandang di sini...Nak try naik Bajai jomlah...

Sunday, April 4, 2010

MINUMAN JUS JANGAN BIARKAN AKU SENDIRI DI JAKARTA

Cerita pasal minuman jus ni ada Jus yang diminum oleh ahli rombongan kami yang memang menjadi bahan gelak tawa dimana jus tersebut diberi nama "jangan biarkan aku sendiri" macam tajuk lagu pun ada...Jus ni sebenarnya jus strawberry yang dicampur dengan susu cair dan satu lagi jus buah...rasanya memang sedap dan harganya dalam Rp8000 sahaja..Makanan atau minuman di Indonesia ni memang murah -murah belaka jadi tak hairanlah kenapa orang kita selalu datang kesini..Jus ni hanya terdapat di Restoran Desa sahaja kat tempat lain mungkin diberi nama lain kot...jadi kalau nak try??Jomlahhh

SOTO BETAWI DI JAKARTA

Opps...Sebelum terlupa kami ceritakan cerita Kota Bandung lagi selepas ini  suka saya ceritakan pengalaman kami makan Soto Betawi di food court Mangga Dua..Soto betawi ni seakan akan lontong bagi kita dimana didalamnya boleh diletakkan mee,bee hoon,nasi empit atau di buat lauk untuk dimakan dengan nasi..jadi kami pilih untuk dimakan dengan nasi jadi didalm soto tersebut dimasukkan hirisan daging lembu yang nipis dan boleh diperah limau purut dan dijadikan  kuah makan nasi tengahari semasa kami di Mangga Dua..kemudian ada juga disediakan timun dan lada jeruk yang sememangnya membuka selera bila kita pekena Soto Betawi ni..Kemudian airnya pula kami minum teh botol dingin..Cerita tentang Teh botol ni bagi sesiapa yang  belum cuba  bila ke Indonesia bolehlah rasa, pada saya memang saya kurang gemar teh ni pasal rasa dia agak berlainan dengan teh kita jadi kalau  kawan-kawan teringin nak rasa Soto Betawi dan Teh botol ni followlah kamiii....

PEMANDANGAN WAKTU MALAM DARI HOTEL ORCHARD JAKARTA

Bila perut dah kenyang dan dah pusing-pusing Kota Jakarta tiba masanya kita balik Hotel untuk beradu maklumlah esok ada lagi agenda yang agak memenatkan juga ya itu perjalanan ke Kota Bandung..Sambil melayan mata nak tidur bila tengok ke luar jendela terperasan keindahan kota Jakarta waktu malam boleh tahan jugalah..Biasanya aktiviti malam di Jakarta ni memang hidup macam Kuala lumpur jugalah tapi lagi happening kot..he he kalau nak tahu happening tak Jakarta waktu malam?Ikutlah kami bersama HoneyManisTravel...

MAKAN MALAM YANG MENYELERAKAN DI RESTORAN MASAKAN DESA DI JAKARTA

Selepas berehat dan menyegarkan diri di Hotel Orchard kami semua di bawa untuk makan malam di sebuah Restoran yang agak popular di kalangan orang Malaysia sewaktu berada di Jakarta ya itu Restoran Masakan Desa..Disini bermacam jenis masakan yang oleh kita perolehi sehingga Mee goreng mamak pun ada..Tapi bila dah tiba kat sini kalau boleh makanlah makanan yang tak terdapat kat malaysia..malam itu ramai makan makanan yang berasaskan mee kerana nak tukar selera pulak asyik nasi je kata semua...Kalau nak tahu Restoran ini berdekatan dengan Restoran Nasi padang Garuda di Jakarta jadi kalau nak tukar selera asyik makan nasi je bolehlah menjamu selera disini dengan harga yang sangat-sangat berbaloi dengan suasana yang nyaman dan dibawah sinaran lampu kuning yang romantik...Kebanyakkan tetamau saya yang dibawa kesini rata - rata memang tak ade komplain selain nak pergi selalu adalah...So cukup cerita pasal makan malam di jakarta ni selepas ini saya akan bawa saudara semua jelajah dari Jakarta ke kota Bandung yang dingin...Jadi ape lagi HoneyManis Travel sedia membawa anda...

Saturday, April 3, 2010

ORCHARD HOTEL JAKARTA

Setelah penat bershopping di Mangga Dua sampailah kita di Hotel tempat biasa Honey Manis Travel bermalam iaitu Orchard hotel..Hotel ni terletak ditengah Kota Jakarta dan merupakan Hotel tiga bintang..Suasana hotel ni memang menarik sambil kita boleh saksikan keindahan Kota Jakarta dan yang pentingnya harganya murah dan selesa he he...Kebanyakkan tetamu kami yang menginap disini puas hati dengan layanan dan service yang diberikan pihak hotel dan kalau saudara ke Jakarta jangan lupa Honey Manis Travel boleh uruskannya..Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Hotel Orchard ni jangan lupa contact kamiii....

MANGGA DUA JAKARTA

Ha sampailah tempat utama yang pasti kalau ke Jakarta ni memang tak sah kalau tak kesini sudah tentu Mangga Dua...Saya di pahamkan mengikut cerita orang tempatan disini nama mangga dua diperolehi semasa tempat ini nak dibangunkan waktu itu ada sebatang pokok mangga yang besar lagi rimbun tapi buahnya hanya dua biji jadi lekatlah nama tempat gedung ini dibina mangga dua...jadi apa yang boleh kita cari di mangga dua ni?Ok magga dua merupakan sebah pasaraya yang mirip kepada pasar Baru di Bandung tapi disini lebih tersusun dan sistematik..Dari kaki hingga kepala semuanya ada dijual disini yang pentingnya?Uwang...Ada uwang semuanya jadi he he...barang-barang yang terdapat dimangga dua ni ada yang ori dan ada yang ciplak biasalah yang penting syok sudahlah...Kebanyakkan barangan yang dijual disini harga lutsinar maknanya tak boleh nak tawar sangat itu yang kurang menarik sikit..kalau di pasar baru Bandung setiap barang yang dijual kita boleh tawar dari 50% tapi disini tak dapek Dik....frust frust..Biasalah orang yang berbelanja disini orang bandar katakan jadi diaorang mana nak tau tawar-tawarkan...Semasa saya rakamkan gambar ini kami dah penat pusing membeli belah itu yang sempat nak ambil gambar tu...Jadi kepada kawan-kawan yang teringin berbelanja disini cari dengan teliti dan kalau boleh jangan terpedaya dengan harga lutsinar yang diberi ada can Tawarrr....Seperti biasa kawasan seperti ini memang sesak dengan orang ramai jadi tolong jaga keselamatan maklumlah Jakarta tak sama dengan di Bandung kerana di Bandung orangnya ramah-ramah tapi di Jakarta orang disini sibuk-sibuk belaka tak sempat nak layan kerenah kita jadi kalau boleh jalanlah secara berkumpulan dan beg,pouch atau sling bag letakkan di bahagian depan takut nanti dicopet la pulak....kalau nak tahu lebih lanjut pasal Mangga Dua ni ikutlah Honey manis Travel....

MAKAN SIANG DI R&R KM19 JAKARTA

Selepas selamat sampai ke Jakarta perkara yang utaman perlu di buat ialah makan siang.Waktu gambar ini diambil kami singgah makan siang di salah sebuah restoran nasi padang di Jakarta.Menu utama yang kami minta disediakan ada antaranya pucuk ubi,oatak lembu masak padang,kaki lembu masak kari ala padang yang memang sangat menyelerakan...maklumlah perut masing-masing dah berkeroncong he he...Masing-masing tak terkata apa apabila lihat lauk yang dihidangkan memang dah tentu penuh meja di buatnya...Di Restoran padang ni lauk yang dihidangkan memang banyak tapi kalau kita tak cuit atau rasa kita tak perlulah bayar untuk hidangan tersebut yang hanya kita makan sahaja yang akan dikira..Nak dijadikan cerita semasa kami semua menjamu selera disini ada antara tetamu kami yang tak dapat nak merasa makanan padang ni kerana rupanya tengah mabuk kapalterbang jadi dia hanya minum airlah jawabnya sambil melihat kami menjamu selera...Sebagai tips kalau ada antara saudara yang mabuk naik kapalterbang tolonglah siapkan pil mabuk...bukan apa just tak nak perut tu kosong dan tak bertenaga kerana biasanya jadual yang kami buat memang pek...takkan pergi tempat orang nak baring kat hotel je kot...ok lah selepas ini bermulalah penjelajahan kami jadi!tunguuuu....

Monday, March 29, 2010

WELCOME TO JAKARTA

Selamat sejahtera kepada para kawan-kawan yang melayari blog Honeymanistravel...Ha kepada para pembaca disini kami paparkan gambar yang terbaru keluarga kami ke Jakarta pada 15/3/2010 sempena cuti sekolah yang telah lepas.Kami menguruskan semua keperluan tetamu dari segi kenderaan,Hotel dan dah tentu makannn...Waktu gambar ini dirakamkan kami baru sampai di Airport Soekarno Hatta Jakarta lebih kurang jam 11.30 waktu Indonesia.Kelihatan masing -masing sangat ceria dan tak sabar-sabar nak menikmati percutian kali ini..Seperti biasa apabila di tempat orang dinasihatkan jaga diri baik-baik kerana di Airport Jakarta ni sangat berbeza dari Airport Bandung kerana Soekarno Hatta merupakan penghubung budaya dengan lain Negara jadi disini terlalu banyak joki-joki pengangkat beg yang beria-ia hendak menolong tetapi kalau beg tak dikunci dengan betul ha abih Dikkkk...kena kebas daaaa...Dah tentu kawan- kawan dah tak sabar nak dengar cerita kami jadi tungguuu............

Monday, February 15, 2010

MASA DALAM KAPALTERBANG














Bertemu kita lagi dalam blog HoneyManisTravel ni.Just saja nak cerita waktu saya dan family di dalam kapal terbang masa nak jalan-jalan.Nak dijadikan cerita esok kami nak pergi travel Si Honey meragam la pulak..demam jadi malam tu terpaksa la bawak dia ke Jabatan Kecemasan pasal klinik semua dah tutup.Jadi lepas ambil ubat kitaorang balik umah jaram kan kepala ngan badan dia dengan air sejuk..mengigil juga si Honey tapi, elok pasal nak kurangkan kepanasan dalam badan dia. Alhamdulillah esok masa kitaorang travel dia just layan blues je..Dari start naik kapal hingga landing bantai tido je.Yang penat melayan Mummy dia la jawabnya. Petua anak kurang sihat, bila kita nak pergi travel jangan panik...just cari ubat yang sesuai dan jangan lupa bawak bekalan ubat tu pasal di tempat orang ubat kat sana tak berapa serasi.Masa ni si Honey masih hisap susu lagi jadi saya banyak bagi dia minum air kosong pasal nak kurangkan suhu badan dia.Jadi kepada traveller yang mungkin atau nak ikut kembara HoneymanisTravel lepas ini kalau ada anak yang tak sihat jangan panik yang penting ubat mesti standby k...Ok jumpa lagi kita di dalam cerita yang lain....

Saturday, February 13, 2010

BERSAMA TEMAN DI BANDUNG

Cerita pasal travelling ke Bandung ni kawan saya sewaktu saya pergi melancong kesana tak berapa lama dulu laa..Member ni orang Terengganu.Gambar ni dirakamkan sewaktu kita orang tengah sibuk nak balik tengah berkumpul di Loby Cemerlang Hotel.Sempat jugalah riuh-riuh dengan sesama tetamu..Waktu nilah kita boleh tengok masa datang semua beg ringan-ringan dan kelihatan kempis je,nah bila balik ada yang tak cukup satu beg,yang beg ringan tadi ha dah tak larat nak angkat...Ish -ish itulah penangan Bandung ni ...Anda bila lagi jomlahh...

Monday, February 1, 2010

STALL TEPI JALAN DI BANDUNG

Cerita pasal kedai di tepi jalan di Kota bandung banyak terdapat gerai kecil-kecil yang senang cerita stall kecil.Kebanyakkan  kedai ditepi jalan ni banyak menjual barang-barang kecil seperti surat khabar,makanan ringan,air mineral dan pastinya yang tidak ketinggalan ialah rokok.Cerita pasal rokok di Kota Bandung harganya sangat berbeza dengan di Malaysia harganya lebih kurang RM4 sahaja manakala di Malaysia kebanyakkannya dah jatuh kepada RM8 keatas..Tapi disini harganya sekitar itu sahaja.Nak dijadikan cerita pernah saya ingin membeli rokok Marlboro di salah sebuah Stall ni harga yang di tunjukkan Rp10600 di cakapnya Rp16000.Jadi kepada pembeli jangan terpedaya dengan mereka semuanya memang pelakon popular mentang-mentang dia tengok kita ni orang luar.Itu merupakan tips kepada mereka yang hendak makan angin sekitar Indonesia ni.lagi satu diantara stall yang terdapat disini ada juaga stall yang menjual DVD atau VCD "pirot"dan ada yang ORI..jadi pandai-pandailah pilih jagan beli filem porno sudah he he.Kalau nak test jalan-jalan di tepi jalan kota Bandung ni jomlah..Jangan lupa ikut Honeymanistravel... 

Sunday, January 31, 2010

HOTEL BILIQUE ***STAR BANDUNG

 
Gambar ni dirakamkan kat pintu depan Bilique Hotel Bandung selepas ambil gambar kenang-kenagan bersama group rombongan saya..Si Honey waktu tu tengah tak sedap badan tu yang mood dia pagi tu memang menguji kesabaran he he..biasalah budak kalau dah merengek nak wat camne?Sebelum saya terlupa setiap kali Honeymanistravel menjalankan rombongan keluar Negara suka saya mengingatkan kalau boleh silalah bawa bekalan ubat-ubatan simple seperti panadol,ubat batuk,ubat saki tekak ke,bukannya apa kita tak tahu keserasian kita bila berada di tempat orang.walaupun disana terdapat ubat-ubatan tersebut tapi bila bawa sendirikan lebih memudahkan...Balik kepada cerita Hotel Bilique ni tempatnya di bawah kaki ke Restoran Kampung Daun.Hotel ni memang diatas bukit berhadapan dengan Estetnya salah seorang orang kenamaan di Indonesia.Lokasinya agak jauh dari Kota tapi terletak di tengah-tengah antara Tangkuban perahu dan Bandar Bandung..Disini semua ada Swimming poolnya,Karaoke dan bilik-biliknya juga memang selesa..Kalau nak cuba Why not?Honeymanistravel kan ada.....

BARANG ELEKTRIK YANG MURAH DI BANDUNG

Di jalan yang inilah dikatakan barangan elektrik yang agak murah jika dibandingkan dengan Malaysia.Disni terdapat banyak deretan kedai yang menjual beberapa barangan elektrik dari sekecil-kecil barang sehingga sebesar-besar barang..Sempat juga saya membeli "shaver"letrik kat sini yang hanya berharga RM15 buatan SONY lagi dik..Nak beli barang besar-besar mana nak letak bila balik.Sempat juga nengok PS11 kat sana ingat nak beli tapi ongkosnya dah buat beli benda lain daaa...Harga PS11 kat sana lebih kurang bila dah ditukar duit RM lebih kurang hanya RM250 je...Fuhhh siapa yang menggila nengok gajet-gajet yang macam gitu...Tak pe masih ada masa lagi.Lagi sekali saya pergi of cause saya mesti beli wa wa....Biasaya kawasan ini memang ita lawati setiap kali honeymanistravel mengadakan lawatan kesana...Nak tau lebih lagi JOMMMLAHHH

Saturday, January 30, 2010

SUP BONTOT BANDUNG

Nak cerita bab makan....Biasanya malam akhir apabila saya membuat rombongan ke Kota Bandung saya selalu memberi pilihan kepada ahli rombongan Restoran mana yang mereka nak makan dan makanan macam mana yang mereka mahu jadi antara rombongan yang saya buat ada ahli  rombongan yang teringin hendak makan Sup Bontot...Ha.. nama pun lain macam tapi bukan seperti yang dimaksudkan ...Sup Bontot sebenarnya adalah sup ekor lembu je pun..bila kita di kota Bandung mereka panggil ekor tu bontot jadi lekatlah namanya sup bontot...Sup ekor disana memang lain dengan kita kerana sup ekor disana dimasak sup terlebih dahulu kemudian isinya dikeluarkan dan dimasak dengan rempah ratus yang terpilih.Bila dihidangkan satu mangkuk sup sahaja dan ekornya pula dalam satu piring pula...Jadi rasanya pun memang ngam...sedap kebetulan pula waktu gambar ini dirakam di Kota Bandung tengah hujan suhu pun dingin jadi memang kena sangatlah makan sup ekor pasal nak memanaskan badan serta menguatkan tenaga batin he he...Biasayan sup disana dimakan begitu sahaja atau di lawan dengan nasi...Roti pula diaorang kurang sikit..tak pelah janji perut kenyang...Selepas makan sup bontot kebanyakkan ahli rombongan memang sangat puas hati maklumlah memang lain rasa dan rupanya tapi kebanyakkan ahli rombongan saya memang tak kecewa bila merasa sup bontot bandung ni....Nak tahu rasanya jom! Honey Manis Travel kan ada......

Monday, January 25, 2010

MAKAN MALAM YANG MENYAMANKAN DI KAMPUNG DAUN


Ahaaa...ni satu lagi tempat makan malam yang memang tip top yang terdapat di Kota Bandung  ni...Namanya Restoran Kg Daun.Macam biasa makanan yang terdapat disini terdiri dari masakan Sunda yang kebanyakkan memang enak dan membuka selera sesiapa yang pernah makan disni.Dibezakan dari Restoran Desa Sang kuriang memang jauh beza dengan suasana air terjun dan hutan rekreasi di sekeliling memang sangat menenangkan...Orang kata nak suap nasi pun sampai tak terperasan dah masuk mulut ke belum he he..Gambar ini saya rakamkan sewaktu suasanan senja dimana saya terpaksa sampai lewat kerana ada antara rombongan kami terlambat semasa berada di Pasar Baru jad saya terpaksa tunggu mereka dan terpaksa menaiki Agkutan Kota untuk sampai disni...tapi bila mereka sampai disini penat mereka beransur reda dengan keadaan yang menyamankan dan memang menyegarkan.Setiap lawatan saya ke Bandung memang saya pastikan semua tetamu saya sempat makan di Restoran Kg Daun ni....Nak ikut???Honey Manis Travel adaaa...

Saturday, January 23, 2010

MAKAN MALAM DI DESA SANG KURIANG


Gambar ini saya rakamkan sewaktu makan malam hari pertama.Selepas penat membeli belah di Pasar Baru kami semua pergi mengisi perut kami di salah satu Restoran yang menghidangkan makanan ala Sunda.Restoran yang saya maksudkan ialah Restoran Desa Sang Ku Riang yang terletak tidak berapa jauh dari Pasar Baru.Kebanyakan geng rombongan saya masih terbayang-bayang barang dan harga barang semasa di Pasar Baru jadi disinilah kami membandingkan harga antara sesama sendiri siapa yang lebih pandai menawar...Berbalik kepada masa makan malam disini adalah sangat selesa dan nyaman sambil diiringi dengan live band yang memang setiap malam mereka akan menghiburkan para tetamu disini.Makanan yang menjadi pilihan semasa saya berada disini ialah Sup Ikan Kaloi,Ikan kaloi sweet sour,sayur goreng,ulam ulaman dan minuman jus...Bila perut sudah lapar kena pula makan beramai-ramai sungguhpun masing-masing kelihatan letih 2 pinggan juga habis dek...Kebanyakkan tetamu yang mengikuti rombongan kami memang teruja dengan makanan disini dan masing-masing melahirkan rasa sangat puas hati dengan makanan dan layanan yang diberikan oleh Restoran ini.Lihat sahaja gambar yang dirakamkan makan sambil bersila dan ruangan makannnya pula dibuat dari Buluh dan suasananya juga memang menenangkan.Silap hari bulan boleh tertidur lepas makan...Apalagi kalau nak tahu lebih lanjut....jangan lupa followlah Honeymanistravel.....

Friday, January 15, 2010

KAIN BATIK PASAR BARU


Sebut sahaja pasal batik...Semua dah tahu memang dah asal usul batik tu memang datangnya dari kepulauan jawa.Jadi disini saya nak ceritakan sedikit tentang kain batik Bandung di Kota Bandung.Di Pasar Baru sahaja terdapat puluhan kedai yang menjual kain batik,baju batik,seluar batik dan bermacam macam batik lagi.Tapi bagi kaum wanita sudah tentulah kain batik yang mereka tuju dulu memandangkan harga dan corak jawa yang memang berbeza dengan batik Malaysia.Kebanyakkan kain batik yang di jual di Pasar Baru ni ada yang dicanting dan ada yang di cop.Bagi yang minat kain batik yang di canting pastilah harganya mahal sedikit tapi masih murah  jika dibandingkan dengan disini.Gambar yang saya rakamkan disini merupakan gambar yang diambil semasa saya mencari ole-ole yang hendak diberi kepada kawan-kawan bila pulang.Saya beli lebih kurang 20 helai kain batik sahaja dengan harga Rp350000 lebih kurang dalam RM150 sahaja murahkan???Nak tahu lebih lagi ikutlah HoneyManis Travel....

Thursday, January 7, 2010

TELEKUNG BANDUNG


Ok..dalam gambar yang saya paparkan sekarang adalah susunan kain telekung sulam yang banyak terdapat di Pasar Baru ni.Kebanyakkannya di penuhi sulaman yang agak menarik dan memang terpesona kepada kaum Hawa apabila melihatnya.Kebanyakkan kain telekung yang terdapat disini di hasilkan dari Kota Bandung juga.Pembaca boleh bayangkan betapa terampilnya si pemakainya di samping kelihatan cantik apabila melakukan ibadah.Kebanyakkan kain telekung yang terdapat disini dijual dengan harga yang memang murah jika dibandingkan dengan negara kita.Cuba anda bayangkan kalau di Kuala lumpur kain telekung yang dijual dengan penuh sulamannya dan kain sutera harganya dalam RM300 tetapi kain yang sama dan sulamanya lagi tebal dan menarik harganya sekitar RM100 ke RM150.Bukan itu sahaja pembeli juga akan dapat aksesorinya seperti beg telekung dan alas sujud serta macam-macam lagi.Bagi para bakal mempelai juaga saya syorkan telekung yang terdapat disini sesuai untuk dijadikan hantaran...memang vouge lah..Ada lebih kurang 40 ke 50 kedai yang jual barang yang sama jadi pandai-pandailah tawar harganya ye....

Sunday, January 3, 2010

BAJU SULAM BANDUNG


Ni dia...sampai kita ke kawasan yang memang menjadi kegilaan kaum wanita iaitu kawasan baju sulam.Kalau nak tahu di Pasar Baru ni ada lebih kurang 50 ke 60 buah kedai yang menjual pakaian dan baju sulam.Disini baju sulam yang di jual ada bermacam-macam jenis kain,ada sutera Indon,sutera Jepun,Sutera tempatan(Bandung) dan ke kain sutera biasa.Fesyen kainnya juga ada untuk baju kurung,kebaya,jubah dan gamis.Kalau di Pasar Baru ni baju sulam yang di jual adalah jauh lebih murah berbanding di tempat tempat lain sekitar Indonesia mahu pun Malaysia.Dengan hanya Rp100k bersamaan RM35 baju sulam yang boleh dibeli dah memang "VOUGE" Dek,apatah lagi kalau beli yang harganya Rp500k silap hari bulan kain kosong dah tak nampak hanya sulamannya saja yang kelihatan.Pengalaman saya sewaktu sampai disini kali pertama agak terperanjat dan teruja dengan keaslian sulaman yang diperagakan bukan hanya buatan tangan tapi buatannya sangat kemas dan teliti.Harganya pulak "MURAH GILERRR".Memang sesuai untuk dibuat buah tangan dibawa balik Dekkk...Tips bila kita memilih baju sulam ni janganlah kita terus beli tengok dulu kualitinya dan tolong bandingkan harganya dengan kedai lain.Kadang-kadang kawan kita dapat harga yang lebih murah dari kita sedangkan apa yang dibeli tu sama sebijik dengan kita.Jadi tawarlah dulu ye...Di pasar baru ni kalau nak membeli baju sulam ni saya rekemenkan satu kedai yang agak boleh lebih kurang dan telus dalam menjalankan perniagaannya..Nama kedai yang dimaksudkan ialah  "SIR CINTA" dilantai 2 kedai 3b.Haaa kat situ harganya memang boleh tahan dan kebanyakkannya original.Jadi bila rasa nak teringin ikut trip kami jangan risau memang bila sampai di Pasar Baru memang saya akan bawa kawan-kawan singgah ke Sir Cinta ni.Siapkanjelah Ongkosnya pak..Bukan sahaja kaum wanita je yang banyak belanja di kedai baju sulam ni tak kurang juga kaum lelaki!nak cover line katakan he he..Boleh nak ikutkan juta-juta juga habiss...Nak tahu lebih lanjut jommmmm bersama honeymanistravel!