Saturday, April 3, 2010

MAKAN SIANG DI R&R KM19 JAKARTA

Selepas selamat sampai ke Jakarta perkara yang utaman perlu di buat ialah makan siang.Waktu gambar ini diambil kami singgah makan siang di salah sebuah restoran nasi padang di Jakarta.Menu utama yang kami minta disediakan ada antaranya pucuk ubi,oatak lembu masak padang,kaki lembu masak kari ala padang yang memang sangat menyelerakan...maklumlah perut masing-masing dah berkeroncong he he...Masing-masing tak terkata apa apabila lihat lauk yang dihidangkan memang dah tentu penuh meja di buatnya...Di Restoran padang ni lauk yang dihidangkan memang banyak tapi kalau kita tak cuit atau rasa kita tak perlulah bayar untuk hidangan tersebut yang hanya kita makan sahaja yang akan dikira..Nak dijadikan cerita semasa kami semua menjamu selera disini ada antara tetamu kami yang tak dapat nak merasa makanan padang ni kerana rupanya tengah mabuk kapalterbang jadi dia hanya minum airlah jawabnya sambil melihat kami menjamu selera...Sebagai tips kalau ada antara saudara yang mabuk naik kapalterbang tolonglah siapkan pil mabuk...bukan apa just tak nak perut tu kosong dan tak bertenaga kerana biasanya jadual yang kami buat memang pek...takkan pergi tempat orang nak baring kat hotel je kot...ok lah selepas ini bermulalah penjelajahan kami jadi!tunguuuu....

No comments:

Post a Comment