Sunday, April 4, 2010
SOTO BETAWI DI JAKARTA
Opps...Sebelum terlupa kami ceritakan cerita Kota Bandung lagi selepas ini suka saya ceritakan pengalaman kami makan Soto Betawi di food court Mangga Dua..Soto betawi ni seakan akan lontong bagi kita dimana didalamnya boleh diletakkan mee,bee hoon,nasi empit atau di buat lauk untuk dimakan dengan nasi..jadi kami pilih untuk dimakan dengan nasi jadi didalm soto tersebut dimasukkan hirisan daging lembu yang nipis dan boleh diperah limau purut dan dijadikan kuah makan nasi tengahari semasa kami di Mangga Dua..kemudian ada juga disediakan timun dan lada jeruk yang sememangnya membuka selera bila kita pekena Soto Betawi ni..Kemudian airnya pula kami minum teh botol dingin..Cerita tentang Teh botol ni bagi sesiapa yang belum cuba bila ke Indonesia bolehlah rasa, pada saya memang saya kurang gemar teh ni pasal rasa dia agak berlainan dengan teh kita jadi kalau kawan-kawan teringin nak rasa Soto Betawi dan Teh botol ni followlah kamiii....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment