Friday, January 15, 2010

KAIN BATIK PASAR BARU


Sebut sahaja pasal batik...Semua dah tahu memang dah asal usul batik tu memang datangnya dari kepulauan jawa.Jadi disini saya nak ceritakan sedikit tentang kain batik Bandung di Kota Bandung.Di Pasar Baru sahaja terdapat puluhan kedai yang menjual kain batik,baju batik,seluar batik dan bermacam macam batik lagi.Tapi bagi kaum wanita sudah tentulah kain batik yang mereka tuju dulu memandangkan harga dan corak jawa yang memang berbeza dengan batik Malaysia.Kebanyakkan kain batik yang di jual di Pasar Baru ni ada yang dicanting dan ada yang di cop.Bagi yang minat kain batik yang di canting pastilah harganya mahal sedikit tapi masih murah  jika dibandingkan dengan disini.Gambar yang saya rakamkan disini merupakan gambar yang diambil semasa saya mencari ole-ole yang hendak diberi kepada kawan-kawan bila pulang.Saya beli lebih kurang 20 helai kain batik sahaja dengan harga Rp350000 lebih kurang dalam RM150 sahaja murahkan???Nak tahu lebih lagi ikutlah HoneyManis Travel....

No comments:

Post a Comment