Sunday, January 31, 2010

HOTEL BILIQUE ***STAR BANDUNG

 
Gambar ni dirakamkan kat pintu depan Bilique Hotel Bandung selepas ambil gambar kenang-kenagan bersama group rombongan saya..Si Honey waktu tu tengah tak sedap badan tu yang mood dia pagi tu memang menguji kesabaran he he..biasalah budak kalau dah merengek nak wat camne?Sebelum saya terlupa setiap kali Honeymanistravel menjalankan rombongan keluar Negara suka saya mengingatkan kalau boleh silalah bawa bekalan ubat-ubatan simple seperti panadol,ubat batuk,ubat saki tekak ke,bukannya apa kita tak tahu keserasian kita bila berada di tempat orang.walaupun disana terdapat ubat-ubatan tersebut tapi bila bawa sendirikan lebih memudahkan...Balik kepada cerita Hotel Bilique ni tempatnya di bawah kaki ke Restoran Kampung Daun.Hotel ni memang diatas bukit berhadapan dengan Estetnya salah seorang orang kenamaan di Indonesia.Lokasinya agak jauh dari Kota tapi terletak di tengah-tengah antara Tangkuban perahu dan Bandar Bandung..Disini semua ada Swimming poolnya,Karaoke dan bilik-biliknya juga memang selesa..Kalau nak cuba Why not?Honeymanistravel kan ada.....

No comments:

Post a Comment