Sunday, January 31, 2010

HOTEL BILIQUE ***STAR BANDUNG

 
Gambar ni dirakamkan kat pintu depan Bilique Hotel Bandung selepas ambil gambar kenang-kenagan bersama group rombongan saya..Si Honey waktu tu tengah tak sedap badan tu yang mood dia pagi tu memang menguji kesabaran he he..biasalah budak kalau dah merengek nak wat camne?Sebelum saya terlupa setiap kali Honeymanistravel menjalankan rombongan keluar Negara suka saya mengingatkan kalau boleh silalah bawa bekalan ubat-ubatan simple seperti panadol,ubat batuk,ubat saki tekak ke,bukannya apa kita tak tahu keserasian kita bila berada di tempat orang.walaupun disana terdapat ubat-ubatan tersebut tapi bila bawa sendirikan lebih memudahkan...Balik kepada cerita Hotel Bilique ni tempatnya di bawah kaki ke Restoran Kampung Daun.Hotel ni memang diatas bukit berhadapan dengan Estetnya salah seorang orang kenamaan di Indonesia.Lokasinya agak jauh dari Kota tapi terletak di tengah-tengah antara Tangkuban perahu dan Bandar Bandung..Disini semua ada Swimming poolnya,Karaoke dan bilik-biliknya juga memang selesa..Kalau nak cuba Why not?Honeymanistravel kan ada.....

BARANG ELEKTRIK YANG MURAH DI BANDUNG

Di jalan yang inilah dikatakan barangan elektrik yang agak murah jika dibandingkan dengan Malaysia.Disni terdapat banyak deretan kedai yang menjual beberapa barangan elektrik dari sekecil-kecil barang sehingga sebesar-besar barang..Sempat juga saya membeli "shaver"letrik kat sini yang hanya berharga RM15 buatan SONY lagi dik..Nak beli barang besar-besar mana nak letak bila balik.Sempat juga nengok PS11 kat sana ingat nak beli tapi ongkosnya dah buat beli benda lain daaa...Harga PS11 kat sana lebih kurang bila dah ditukar duit RM lebih kurang hanya RM250 je...Fuhhh siapa yang menggila nengok gajet-gajet yang macam gitu...Tak pe masih ada masa lagi.Lagi sekali saya pergi of cause saya mesti beli wa wa....Biasaya kawasan ini memang ita lawati setiap kali honeymanistravel mengadakan lawatan kesana...Nak tau lebih lagi JOMMMLAHHH

Saturday, January 30, 2010

SUP BONTOT BANDUNG

Nak cerita bab makan....Biasanya malam akhir apabila saya membuat rombongan ke Kota Bandung saya selalu memberi pilihan kepada ahli rombongan Restoran mana yang mereka nak makan dan makanan macam mana yang mereka mahu jadi antara rombongan yang saya buat ada ahli  rombongan yang teringin hendak makan Sup Bontot...Ha.. nama pun lain macam tapi bukan seperti yang dimaksudkan ...Sup Bontot sebenarnya adalah sup ekor lembu je pun..bila kita di kota Bandung mereka panggil ekor tu bontot jadi lekatlah namanya sup bontot...Sup ekor disana memang lain dengan kita kerana sup ekor disana dimasak sup terlebih dahulu kemudian isinya dikeluarkan dan dimasak dengan rempah ratus yang terpilih.Bila dihidangkan satu mangkuk sup sahaja dan ekornya pula dalam satu piring pula...Jadi rasanya pun memang ngam...sedap kebetulan pula waktu gambar ini dirakam di Kota Bandung tengah hujan suhu pun dingin jadi memang kena sangatlah makan sup ekor pasal nak memanaskan badan serta menguatkan tenaga batin he he...Biasayan sup disana dimakan begitu sahaja atau di lawan dengan nasi...Roti pula diaorang kurang sikit..tak pelah janji perut kenyang...Selepas makan sup bontot kebanyakkan ahli rombongan memang sangat puas hati maklumlah memang lain rasa dan rupanya tapi kebanyakkan ahli rombongan saya memang tak kecewa bila merasa sup bontot bandung ni....Nak tahu rasanya jom! Honey Manis Travel kan ada......

Monday, January 25, 2010

MAKAN MALAM YANG MENYAMANKAN DI KAMPUNG DAUN


Ahaaa...ni satu lagi tempat makan malam yang memang tip top yang terdapat di Kota Bandung  ni...Namanya Restoran Kg Daun.Macam biasa makanan yang terdapat disini terdiri dari masakan Sunda yang kebanyakkan memang enak dan membuka selera sesiapa yang pernah makan disni.Dibezakan dari Restoran Desa Sang kuriang memang jauh beza dengan suasana air terjun dan hutan rekreasi di sekeliling memang sangat menenangkan...Orang kata nak suap nasi pun sampai tak terperasan dah masuk mulut ke belum he he..Gambar ini saya rakamkan sewaktu suasanan senja dimana saya terpaksa sampai lewat kerana ada antara rombongan kami terlambat semasa berada di Pasar Baru jad saya terpaksa tunggu mereka dan terpaksa menaiki Agkutan Kota untuk sampai disni...tapi bila mereka sampai disini penat mereka beransur reda dengan keadaan yang menyamankan dan memang menyegarkan.Setiap lawatan saya ke Bandung memang saya pastikan semua tetamu saya sempat makan di Restoran Kg Daun ni....Nak ikut???Honey Manis Travel adaaa...

Saturday, January 23, 2010

MAKAN MALAM DI DESA SANG KURIANG


Gambar ini saya rakamkan sewaktu makan malam hari pertama.Selepas penat membeli belah di Pasar Baru kami semua pergi mengisi perut kami di salah satu Restoran yang menghidangkan makanan ala Sunda.Restoran yang saya maksudkan ialah Restoran Desa Sang Ku Riang yang terletak tidak berapa jauh dari Pasar Baru.Kebanyakan geng rombongan saya masih terbayang-bayang barang dan harga barang semasa di Pasar Baru jadi disinilah kami membandingkan harga antara sesama sendiri siapa yang lebih pandai menawar...Berbalik kepada masa makan malam disini adalah sangat selesa dan nyaman sambil diiringi dengan live band yang memang setiap malam mereka akan menghiburkan para tetamu disini.Makanan yang menjadi pilihan semasa saya berada disini ialah Sup Ikan Kaloi,Ikan kaloi sweet sour,sayur goreng,ulam ulaman dan minuman jus...Bila perut sudah lapar kena pula makan beramai-ramai sungguhpun masing-masing kelihatan letih 2 pinggan juga habis dek...Kebanyakkan tetamu yang mengikuti rombongan kami memang teruja dengan makanan disini dan masing-masing melahirkan rasa sangat puas hati dengan makanan dan layanan yang diberikan oleh Restoran ini.Lihat sahaja gambar yang dirakamkan makan sambil bersila dan ruangan makannnya pula dibuat dari Buluh dan suasananya juga memang menenangkan.Silap hari bulan boleh tertidur lepas makan...Apalagi kalau nak tahu lebih lanjut....jangan lupa followlah Honeymanistravel.....

Friday, January 15, 2010

KAIN BATIK PASAR BARU


Sebut sahaja pasal batik...Semua dah tahu memang dah asal usul batik tu memang datangnya dari kepulauan jawa.Jadi disini saya nak ceritakan sedikit tentang kain batik Bandung di Kota Bandung.Di Pasar Baru sahaja terdapat puluhan kedai yang menjual kain batik,baju batik,seluar batik dan bermacam macam batik lagi.Tapi bagi kaum wanita sudah tentulah kain batik yang mereka tuju dulu memandangkan harga dan corak jawa yang memang berbeza dengan batik Malaysia.Kebanyakkan kain batik yang di jual di Pasar Baru ni ada yang dicanting dan ada yang di cop.Bagi yang minat kain batik yang di canting pastilah harganya mahal sedikit tapi masih murah  jika dibandingkan dengan disini.Gambar yang saya rakamkan disini merupakan gambar yang diambil semasa saya mencari ole-ole yang hendak diberi kepada kawan-kawan bila pulang.Saya beli lebih kurang 20 helai kain batik sahaja dengan harga Rp350000 lebih kurang dalam RM150 sahaja murahkan???Nak tahu lebih lagi ikutlah HoneyManis Travel....

Thursday, January 7, 2010

TELEKUNG BANDUNG


Ok..dalam gambar yang saya paparkan sekarang adalah susunan kain telekung sulam yang banyak terdapat di Pasar Baru ni.Kebanyakkannya di penuhi sulaman yang agak menarik dan memang terpesona kepada kaum Hawa apabila melihatnya.Kebanyakkan kain telekung yang terdapat disini di hasilkan dari Kota Bandung juga.Pembaca boleh bayangkan betapa terampilnya si pemakainya di samping kelihatan cantik apabila melakukan ibadah.Kebanyakkan kain telekung yang terdapat disini dijual dengan harga yang memang murah jika dibandingkan dengan negara kita.Cuba anda bayangkan kalau di Kuala lumpur kain telekung yang dijual dengan penuh sulamannya dan kain sutera harganya dalam RM300 tetapi kain yang sama dan sulamanya lagi tebal dan menarik harganya sekitar RM100 ke RM150.Bukan itu sahaja pembeli juga akan dapat aksesorinya seperti beg telekung dan alas sujud serta macam-macam lagi.Bagi para bakal mempelai juaga saya syorkan telekung yang terdapat disini sesuai untuk dijadikan hantaran...memang vouge lah..Ada lebih kurang 40 ke 50 kedai yang jual barang yang sama jadi pandai-pandailah tawar harganya ye....

Sunday, January 3, 2010

BAJU SULAM BANDUNG


Ni dia...sampai kita ke kawasan yang memang menjadi kegilaan kaum wanita iaitu kawasan baju sulam.Kalau nak tahu di Pasar Baru ni ada lebih kurang 50 ke 60 buah kedai yang menjual pakaian dan baju sulam.Disini baju sulam yang di jual ada bermacam-macam jenis kain,ada sutera Indon,sutera Jepun,Sutera tempatan(Bandung) dan ke kain sutera biasa.Fesyen kainnya juga ada untuk baju kurung,kebaya,jubah dan gamis.Kalau di Pasar Baru ni baju sulam yang di jual adalah jauh lebih murah berbanding di tempat tempat lain sekitar Indonesia mahu pun Malaysia.Dengan hanya Rp100k bersamaan RM35 baju sulam yang boleh dibeli dah memang "VOUGE" Dek,apatah lagi kalau beli yang harganya Rp500k silap hari bulan kain kosong dah tak nampak hanya sulamannya saja yang kelihatan.Pengalaman saya sewaktu sampai disini kali pertama agak terperanjat dan teruja dengan keaslian sulaman yang diperagakan bukan hanya buatan tangan tapi buatannya sangat kemas dan teliti.Harganya pulak "MURAH GILERRR".Memang sesuai untuk dibuat buah tangan dibawa balik Dekkk...Tips bila kita memilih baju sulam ni janganlah kita terus beli tengok dulu kualitinya dan tolong bandingkan harganya dengan kedai lain.Kadang-kadang kawan kita dapat harga yang lebih murah dari kita sedangkan apa yang dibeli tu sama sebijik dengan kita.Jadi tawarlah dulu ye...Di pasar baru ni kalau nak membeli baju sulam ni saya rekemenkan satu kedai yang agak boleh lebih kurang dan telus dalam menjalankan perniagaannya..Nama kedai yang dimaksudkan ialah  "SIR CINTA" dilantai 2 kedai 3b.Haaa kat situ harganya memang boleh tahan dan kebanyakkannya original.Jadi bila rasa nak teringin ikut trip kami jangan risau memang bila sampai di Pasar Baru memang saya akan bawa kawan-kawan singgah ke Sir Cinta ni.Siapkanjelah Ongkosnya pak..Bukan sahaja kaum wanita je yang banyak belanja di kedai baju sulam ni tak kurang juga kaum lelaki!nak cover line katakan he he..Boleh nak ikutkan juta-juta juga habiss...Nak tahu lebih lanjut jommmmm bersama honeymanistravel!