Thursday, December 31, 2009

PASAR BARU BANDUNG


Ha ha...Seperti yang dijanjikan tibalah kita ketempat yang memang sangat terkenal di Kota Bandung dan Malaysia(sesiapa yang dah pergi) iaitu Pasar Baru.Deretan kedai diPasar Baru seakan akan Pasar Payang di Terengganu tapi disini kawasanya lebih kuas dan berhawa dingin. Gambar ni di rakamkan di sebelah kiri pintu masuk Pasar Baru ni.Tengok je pun kita dah tau tempat ni memang ramai pengunjung dan pelancong yang singgah kat sini.Pasar Baru ni ada 7tiingkat dan setiap tingkat dibahagikan 2 dan jumlah nya 17 tingkat kalau di campur tempat parking keretanya.Disini bermacam-macam barang yang boleh dibeli dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki,yang pastinya harganya sangat murah!!!!!pak.Dibahagian pintu masuk ni terdapat peniaga yang menjual kerepek-kerepek dan makanan kering yang mungkin boleh dibuat hadiah kepada kawan kawan bila pulang nanti.Antara kerepek yang saya rekemenkan untuk di beli disini iaitu kerepek "BELINJOR SIRA"sedap Dek!!!kemudian untuk berjalan sambil mengomel-ngomel boleh beli "Ubi Mentega"fuhhh rasanya tak de Dek kat sini...Eh Cerita makan la pulak he he.Ok sambung semula bila kita masuk memang rasa rambang mata, macam-macam ada tapi nasihat kepada kawan-kawan tengok dulu jangan terus beli adalah lagi baik kalau nak beli barang buat listing dulu takut nanti overspentttt Dek.Barangan popular kat sini terdiri dari fabrik fabrik yang dibuat di Bandung seperti Baju sulam,Telekung Sulam,Kain ela,Kain Batik Indon dan segala jenis kainlahh.Yang untuk kaum lelaki pulak Jaket,Seluar jeans yang bernama,kain pelekat la pun macam-macm lagi laa..Sebelum dibeli tolong periksa baik-baik jahitan dan qualitinya takut main ambik je balik nanti kecewa pulak.Bab harga boleh tawar sehingga 50% dari harga barang ikut kehandalan anda.....kalau pekedai tak bagi jangan kecewa banyak lagi kedai yang anda boleh explore... biasanya kalau kita dah berbelanja dan bershopping kat sini memang tak ingattt.Bagi masa 5 jam pun tak cukup.Ada antara Customer saya yang konon-konon tak nak beli banyak masa kat sini last last dialah orang yang paling lambat naik bas dan paling banyak beli!..ha jangan cakap besar...Biasanya masa yang kami berikan di sini lebih kurang 5 jam untuk bershopping tu pun ada yang telajak....Lagi satu pesanan kepada kawan-kawan yang sedang syok bershopping,tolong pastikan anak-anak anda dipimpin bersama-sama anda takut nanti keciciran pulak.Kemudian bagi kawan kawan bila berada di tempat orang ni tolong pastikan wallet,pasport,duit atau dokumen penting diletakkan dihadapan badan senag cerita pakai "pouch" atau "beg silang ah long"walaupun dekat sini kejadian ragut tidak tedapat banyak kes tapi kenalah jaga-jaga sebelum kena ya...Pasar Baru adalah tempat perlu apabila Honeymanistravel menjalankan percutian anda selepas ni kami akan menceritakan dan menunjukkan pula keadaan kedai-kedai yang terdapat didalam.nak tahu tungguuuuuuuu....

No comments:

Post a Comment