Monday, December 28, 2009

MAKAN BERAMAI-RAMAI DI SIMPANG RAYA


Sebut saja pasal makan dekat sini saya nak bercerita tentang tempat makan pertama selepas selamat mendarat di Bandung.Gambar yang saya rakamkan ini sewaktu kami sedang makan tengahari di Restoran Simpang Raya yang terkenal dengan nasi padang original.kelihatan salah seorang ahli rombongan kami bersungguh-sungguh makan tanpa  menoleh kiri kanan lagi...maklumlah kebanyakkan antara mereka memang tengah lapar maklumlah perjalanan jauh..... ada pula yang  jarang-jarang jumpa hidangan yang seperti disajikan.Bercerita tentang simpang raya kebanyakkan customer yang saya bawa dalam setiap trip saya, menyatakan terperanjat dan teruja dengan hidangan yang disediakan.Lauk pauk yang dihidangkan berbilang jenis dan kelihatan sangat menyelerakan manakala minuman jus yang dihidangkan juga sangat "PURE"pekat dan melekat.....Makanan popular disini terdiri daripada bermacam-macam ulam,ikan bakar,kari daging,kari kambing,masak lemak otak lembu,paru dan bermacam jenis lagi.Manakala minuman yang saya syorkan untuk kaum lelaki "TEH TELUR"fuhhhh lepas minum pasti bertenaga..yang lain minumlah jus buah-buahan je..Biasanya waktu lunch ni kita ambil masa satu jam sebelum pergi ke sebuah gedung yang memang sangat terkenal di Kota Bandung kalau nak tau tungguuuu.........followla kami...

No comments:

Post a Comment