Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010 DARI HONEYMANIS


Salam sejahtera kepada pembaca dan kawan kawan sekalian.Dikesempatan ini Honey ingin menyampaikan Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua agar tahun ini kita lebih cemerlang,gemilang dan terbilang dari tahun yang sudah.Apa yang terjadi dulu adalah sejarah untuk kita,apa yang datang adalah cabaran, jadi kepada kawan kawan yang di kasihi marilah sama sama kita menempuh tahun 2010 ini dengan lebih jaya dengan semangat satu Malaysia....Sempena kehadiran tahun 2010 ini Honeymanistravel akan mengukuhkan dan menaiktaraf perkhidmatan dan pengurusan kami kepada anda agar percutian anda lebih selesa dan sempurna seiring dengan citarasa anda.....Akhir kata salam 2010 untuk semua carilah masa yang sesuai untuk percutian anda....

PASAR BARU BANDUNG


Ha ha...Seperti yang dijanjikan tibalah kita ketempat yang memang sangat terkenal di Kota Bandung dan Malaysia(sesiapa yang dah pergi) iaitu Pasar Baru.Deretan kedai diPasar Baru seakan akan Pasar Payang di Terengganu tapi disini kawasanya lebih kuas dan berhawa dingin. Gambar ni di rakamkan di sebelah kiri pintu masuk Pasar Baru ni.Tengok je pun kita dah tau tempat ni memang ramai pengunjung dan pelancong yang singgah kat sini.Pasar Baru ni ada 7tiingkat dan setiap tingkat dibahagikan 2 dan jumlah nya 17 tingkat kalau di campur tempat parking keretanya.Disini bermacam-macam barang yang boleh dibeli dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki,yang pastinya harganya sangat murah!!!!!pak.Dibahagian pintu masuk ni terdapat peniaga yang menjual kerepek-kerepek dan makanan kering yang mungkin boleh dibuat hadiah kepada kawan kawan bila pulang nanti.Antara kerepek yang saya rekemenkan untuk di beli disini iaitu kerepek "BELINJOR SIRA"sedap Dek!!!kemudian untuk berjalan sambil mengomel-ngomel boleh beli "Ubi Mentega"fuhhh rasanya tak de Dek kat sini...Eh Cerita makan la pulak he he.Ok sambung semula bila kita masuk memang rasa rambang mata, macam-macam ada tapi nasihat kepada kawan-kawan tengok dulu jangan terus beli adalah lagi baik kalau nak beli barang buat listing dulu takut nanti overspentttt Dek.Barangan popular kat sini terdiri dari fabrik fabrik yang dibuat di Bandung seperti Baju sulam,Telekung Sulam,Kain ela,Kain Batik Indon dan segala jenis kainlahh.Yang untuk kaum lelaki pulak Jaket,Seluar jeans yang bernama,kain pelekat la pun macam-macm lagi laa..Sebelum dibeli tolong periksa baik-baik jahitan dan qualitinya takut main ambik je balik nanti kecewa pulak.Bab harga boleh tawar sehingga 50% dari harga barang ikut kehandalan anda.....kalau pekedai tak bagi jangan kecewa banyak lagi kedai yang anda boleh explore... biasanya kalau kita dah berbelanja dan bershopping kat sini memang tak ingattt.Bagi masa 5 jam pun tak cukup.Ada antara Customer saya yang konon-konon tak nak beli banyak masa kat sini last last dialah orang yang paling lambat naik bas dan paling banyak beli!..ha jangan cakap besar...Biasanya masa yang kami berikan di sini lebih kurang 5 jam untuk bershopping tu pun ada yang telajak....Lagi satu pesanan kepada kawan-kawan yang sedang syok bershopping,tolong pastikan anak-anak anda dipimpin bersama-sama anda takut nanti keciciran pulak.Kemudian bagi kawan kawan bila berada di tempat orang ni tolong pastikan wallet,pasport,duit atau dokumen penting diletakkan dihadapan badan senag cerita pakai "pouch" atau "beg silang ah long"walaupun dekat sini kejadian ragut tidak tedapat banyak kes tapi kenalah jaga-jaga sebelum kena ya...Pasar Baru adalah tempat perlu apabila Honeymanistravel menjalankan percutian anda selepas ni kami akan menceritakan dan menunjukkan pula keadaan kedai-kedai yang terdapat didalam.nak tahu tungguuuuuuuu....

Monday, December 28, 2009

MAKAN BERAMAI-RAMAI DI SIMPANG RAYA


Sebut saja pasal makan dekat sini saya nak bercerita tentang tempat makan pertama selepas selamat mendarat di Bandung.Gambar yang saya rakamkan ini sewaktu kami sedang makan tengahari di Restoran Simpang Raya yang terkenal dengan nasi padang original.kelihatan salah seorang ahli rombongan kami bersungguh-sungguh makan tanpa  menoleh kiri kanan lagi...maklumlah kebanyakkan antara mereka memang tengah lapar maklumlah perjalanan jauh..... ada pula yang  jarang-jarang jumpa hidangan yang seperti disajikan.Bercerita tentang simpang raya kebanyakkan customer yang saya bawa dalam setiap trip saya, menyatakan terperanjat dan teruja dengan hidangan yang disediakan.Lauk pauk yang dihidangkan berbilang jenis dan kelihatan sangat menyelerakan manakala minuman jus yang dihidangkan juga sangat "PURE"pekat dan melekat.....Makanan popular disini terdiri daripada bermacam-macam ulam,ikan bakar,kari daging,kari kambing,masak lemak otak lembu,paru dan bermacam jenis lagi.Manakala minuman yang saya syorkan untuk kaum lelaki "TEH TELUR"fuhhhh lepas minum pasti bertenaga..yang lain minumlah jus buah-buahan je..Biasanya waktu lunch ni kita ambil masa satu jam sebelum pergi ke sebuah gedung yang memang sangat terkenal di Kota Bandung kalau nak tau tungguuuu.........followla kami...

Sunday, December 27, 2009

WAKTU PAGI YANG "MACET" DI BANDUNG

Waktu pagi kelihatan Kota Bandung memanag 'Jem'banyak kereta,Angku-angkut(Van membawa penumpang),Motorsikal,Basikal dan Oarang lalu lalang.Berlainan kalau di Malaysia walaupun jem tapi keadaan masih terkawal berlainan \di sana jemnya memang macam dah tak terkawal dengan keadaan jalan yang sempit kemudian banyak penjaja di kaki lima jalan.Gambar ini di rakamkan sewaktu kami hendak menuju ke kaki gunung Tangkuban Perahu dalam jam 8.00 pagi.Perjalannan ke Tangkuban Perahu dari Hotel Cemerlang dalam 1 jam perjalanan dengan keadaan "Macet"(bahasa Indon)Di Bandung ni kalau kita pergi hujung minggu keadaannya memang jem tapi kalau hari biasa agak "smooth" cuma di kacau Angkutan Kota jelah.Angkutan kota ni bukan kira kalau ada penumpang nak naik suka hati diaorang je nak berhenti.Tapi masa jem macam ni memang saya respek dengan Drebar bas kami memang lesen diaorang bukan lesen beli!!sangat cekap.Lepas tu tidak kedengaran langsung bunyi hon kenderaan kat sana masing-masing tahu jalan masing-masing(lebih kurang).Kalau saya lah, dah lama menyumpah seranah bila keaadaan macam ni.Lagi satu kepada para pembaca bila nak melintas jalan jangan haraplah jalan lengang...kalau tak ada oarang yang tolong tahan kereta lalu lalang tak melintas kita Dek.Jadi tolong berhati-hati semasa melintas jalan kalau ada orang tolong tu jangan lah lupa bagilah tips sikit dah memang tu pun kerja diaorang.Hidup kat Kota Bandung ni memang macam-macam kerja boleh jadi duit.Dekat sana mana ada Majlis Daerah?semuanya dah di Subkan kepada rakyat diaorang.Pernah sekali waktu saya bershopping,keluar je dari Branded Outlet kat Jalan Dago hari tengah hujan lebat kat luar adalah kanak-kanak 2 ke 3 orang tengah pegang payung kemudian diorang ofer nak payungkan kita sampai kat bas kita, lepas tu kenalah bagilah tips.Kalau kat sini mahu orang kata kita tak siuman kot...sangat berbeza dengan sikap kita disini....Jadi dalam keadan macam ni terasa insaf juga kita dengan kesenangan apa yang ALLAH dah berikan kepada kita.Bagus kita tunjukkan pada anak kita tentang nasib diaorang dekat sana.Termasuk pulak cerita sedih tapi kepada kawan-kawan yang nak tau dan nak tengok sendirim keadan di sana ikutlah saya..........

Saturday, December 26, 2009

HOTEL CEMERLANG BANDUNG

Ni waktu bergambar di salah sebuah hotel tiga bintang di Bandung iaitu Hotel Cemerlang.Hotel ni agak selesa dan harganya sangat berpatutan.Layanan yang disediakan pula macam 5 star.Bilik tidur,Bilik mandi membawa ke Breakfast yang di sediakan agak baik kerana sesuai la denagn selera rakyat Malaysia.Jadi tak hairanlah bila kita disini boleh berjumpa ramai rakyat Malaysia yang menginap disini.Salah satu keistimewaan Hotel Cemerlang ni lokasinya berdekatan dengan bandar dan Food Court lebih kurang 500 meter dari hotel.Jadi bila malam menjelma agak-agak kalau mata tak boleh nak tidur bolehlah pergi ke Food Court untuk melayan selera pulak.Tapi kalau tidur awal diBandung ni rugi besar Dek kita pergi sini bukan selalu pegilah jalan-jalan.Biasanya setiap pakej yang saya sediakan aktiviti malam lite & easy tidak ada agenda.Nak layan Band ke?Nak layan Karaoke ke?Nak layan urut batin ke?terpulang pada individu.Di Hotel ini pun ada terdapat tempat karaoke harganya pun berpatutan nak cuba Jom lahhh...

RUMAH MODE FACTORY OUTLET


Selepas samapai semula ke kota Bandung kami terus ke butik yang agak terkenal di Bandung Rumah Mode.Di sini merupakan pusat fabrik moden unuk Shopper yang menggemarkan kualiti dan brand kerana kebanyakkan barangan yang dijual disni tinggi kualitinya dan oarang Jakarta gemar berkunjung kesini bila hari cuti umum atau hari minggu.Sekali pandang Rumah Mode ni macam muzium antik tapi la tempat Shopping rupanya.Bagi kaum Lelaki ke atau Perempuan kalau kesini siapkan jelah ongkosnya kerana walaupun bagi orang Bandung harga disini agak mahal tapi bagi orang kita masih berpatutan dan murahhh.Biasanya bila kita disini kami akan memberi peluang bershopping lebih kurang 1 jam setengah itu pun ada yang terlajak biasalah janji melayu katakan....Bagi Shopper yang dah penat bersoppeng disini juga ada menyediakan kopi tiam untuk bersantai haa inilah masanya kita boleh lihat atau makan makanan yang tak terdapat di tempat kita.Tapi jangan was-was kebanyakkan makanan yang terdapat di Bandung ni HALAL kerana majoriti penduduk disini beragama Islam dan ramai juga student Malaysia yang buat Ijazah Kedoktoran disini.Oh lupa nak bagi tau Kota Bandung juga terkenal kerana merupakan pusat pembelajaran bagi Kerajaan Indonesia jadi tak hairanlah penduduk disini boleh dikatakan educated la jugak...Dalam pakej saya Rumah Mode merupakan tempat yang harus dikunjungi selain ada satu tempat yang NALA tempat shopping yang paling terkenal di Bandung tungguuuuu....

BUAIAN GANTUNG DAN POKOK PINE

Semasa perjalanan pulang ke Kota Bandung kita boleh lihat penjaja yang menjual buaian gantung yang memang sesuai di gantung di halaman belakang atau depan rumah.Harga yang ditawarkan pun agak murah lebih kurang Rp70k ke Rp120k bila di convert kepada RM lebih kurang RM20 aje.Disitu juga terdapat pokok pine yang mana kalau kat Malaysia tak jumpa dek kebanyakkan yang ada kat Malaysia semua dah jadi Pintu.Kerusi,Almari maksudnya dah jadi perabot.Tapi kat sana hidup subur lagi.Banyak juga penjaja yang menjual barangan sama pandai-pandailah pilih jangan tertipu sudah!!Maklumlah perjalanan kita masih panjang lagi ni ada banyak lagi tempat yang ada jual barangan sepertinya tapi kalau dah berkenan beli je dek nanti bila dah balik Hotel teringat-ingat lah pulak idak pun kenalah join kami lagi pasal nak beli buaian gantung he he...

KEBUN TEH BANDUNG


Ha ni satu lagi kawasan yang agak dingin  dan agak menenangkan kepala bila di Bandung ni Kebun Teh namanya.Disini pekerjaan orang kat sini mengusahakan tanaman teh bukan diaorang punya tauke yang punya tapi suasana disini seakan-akan cameron higland lah lebih kurang.Nak dijadikan cerita semasa gambar ni diambil ada pelawat yang sama mengambil gambar masing-masing entah macam mana tengah si gadis tu berposing sakan dan si jurugambar nak ambil sudut yang sesuai tergolek termasuk lubang sampah yang penuh dengan sampah sarap fuhhh apa lagi lepas dia bangun bau melatung naik.Nak ambil gambar tak salah tapi bila gostan tu tengok-tengoklah sikit.Nasib baik ada bawak baju spair yang si juru gambar tu.Saya cuba juga nak menjejaki selepas dia oarang petik teh ni diaorang bawa kemana tapi oleh kerana masa dah tak mencukupi bas pun dah nak bertolak balik lain kali kalau kita pergi lagi kita boleh nengok macam mana dia orang proses teh.Ikut kata orang tempatan disini mereka masih proses teh secara tradisional lagi!kalau nak tau lebih lanjut lagi ikut lah kami.....

PEMANDANGAN DI GUNUNG BERAPI TANGKUBAN PERAHU



Fuhhh memang cantik.Bila kita berada di atas gunung Tangkuban Perahu jauh mata memandang....Di sini memang suhunya lebih kurang 17 darjah celcius agak sejuk jugak lah.Daiatas ni ada beberapa kawah lagi yang anda tengok ni cuma yang terbesar kemudian gambar ni saya ambil diatas menara yang di orang bina untuk tengok pemandangan disana..Tapi awas bagi pelawat-pelawat yang alah bau belerang kerana diatas ni bau belerang sangat kuat dan selepas pukul 2 petang pelawat tidak dibenarkan berada di puncaknya kerana di kuatiri bagi yang tak tahan akan mengalami sesak nafas.
Tapi saya yakin orang -orang kita alah bisa tegal biasa jangankan bau belerang,..bau bacin pun steady lagi he he he...Diatas ni banyak juga kedai-kedai yang menjual survinior dari rambut sampai ke kaki semua ada yang pastinya pandai-pandailah memilih dan menawar harganya..jangan terpedaya tawar sehingga 50% dari harga yang diberi kalau tak nanti menyesal....Perjalanan ke Tangkuban Perahu ni satu jalan dengan Sari Ater kalau tak singgah disini kempunan dek...Biasanya kalau ikut pakej yang saya jalankan kita berada diatas ni lebih kurang 1 jam je pasal kita banyak lagi tempat yang akan kita pergi yang pastinya nak kawan-kawan enjoy....Banyak lagi pasal tangkuban perahu kalau nak tahu followlah Honey Manis Travel.....

BERSAMA TEMAN DI SARI ATER HOT SPRING



Waktu ni saya berada di salah satu tempat peranginan yang agak terkenal di Bandung ia itu Sari Ater Hot Spring.Kawasan ni agak luas dimana mata air panas disini asalnya dari Gunung Berapi Tangkuban perahu yang tidak berapa jauh dari lokasi...Gambar ini di rakamkan pada hari kedua saya disana kawasannya agak dingin tu lah pasal siap pakai jaket he he..Untuk pengetahuan semua disini juga di sediakan tempat untuk berendam siap ada kolam renang...jangan risau air disini memang suam-suam idaklah panas sangat kalau tidak tak boleh mandi dek!Bagi couple-couple yang hendak privacy boleh juga meangambil bilik mandi yang telah disediakan jangan takut takde sapa nak skodeng bagus untuk pasangan yang nak honeymoon maklumlah ambil berkat mandi manda sama-sama.Air disni juga di katakan sangat berkhasiat untuk sesiapa yang ada penyakit kulit kerana kalau d Malaysia Air Panas kita semulajadi dari perut bumi tapi disini Air Panas Gunung Berapi tu....susah nak cari beb.Lawatan seperti ini memang terdapat dalam pakej saya...Nak tahu lebih lanjut lagi kenalah ikut.....

GAMBAR BANDUNG.....



Ni gamabar saya sewaktu mula-mula sampai Bandung.Waktu ni tengah pening lalat pasal masa dalam flight penumpang yang duduk belakang saya ewek...ewek jadi tu yang berdiri pun tak stabil nasib baik boleh senyum lagi macam Tony Fernandez pun ada rupa gak he he

KATA-KATA HIKMAT HONEY MANIS


Salam kepada kawan-kawan bertemu lagi kita... saya ada memaparkan senarai harga kepada sesiapa sahaja yang hendak ke Bandung tapi kalau ada kawan-kawan yang hendak bercuti ketempat lain jangan segan dan silu untuk menghubungi saya...Pengalaman saya menguruskan travelling ke Bandung ni so far tiada rungutan dari customer saya, kebanyakkanya berpuas hati dengan sevice yang di diberikan oleh pihak kami disana. Kebanyakkan Customer saya sangat teruja dengan layanan yang di berikan oleh wakil kami di sana dari setibanya di Air port,waktu bershopping/jalan-jalan,Makanan dan Penginapan yang kami sediakan..Kemudian harga yang saya tunjukkan tu tidaklah fix orang melayu kata negotiable negotiable ikut kesesuain anda yang pastinya kami akan cuba penuhi BUDGET kawan-kawan..Diwaktu yang lain pula saya akan menceritakan pengalaman mula-mula saya menjalankan travelling saya ini kelakar ada,pahit ada,masyuk ada yang pastinya kita kena belajar dari sejarah sebelum ni.....Untuk gambar saya masih edit lagi di harap kawan-kawan tungguuuuuu....

PAKEJ 5 HARI 4 MALAM (BANDUNG)

HARGA PAKEJ 5 HARI 4 MALAM (BANDUNG)
Dewasa- RM 1250
Kanak-kanak –RM 988
*Harga termasuk pengurusan bagasi dari Air Port Bandung,Pengangkutan (Bas),Makanan (Padang,Sundanese,Bandung,Jawa), Hotel*** ,Tiket ke Tangkuban Perahu dan Sri Ater Hot spring,Pemandu Pelancong serta Air Port tax dan pengurusan bagasi untuk pulang.
Nota :-
Harga tiket penerbangan Air Asia adalah tidak tepat ianya akan berubah dari masa-kesemasa. Oleh itu perubahan harga tiket adalah tertakluk kepada tarikh dan waktu penerbangan tempahan tiket tersebut.

Harga Pakej 5 Hari 4 Malam Tanpa Urusan Tiket Kapal Terbang.
Dewasa – RM 688
Kanak- Kanak – RM 488

*Harga termasuk Pengurusan bagasi dari Air port Bandung, Pengangkutan(Bas),Makanan(Padang,Sundanese,Jawa,Bandung)
Hotel ***,Tiket ke Tangkuban Perahu dan Sri ater Hot Spring,Pemandu Pelancong dan Pengurusan Bagasi serta Air Port tax untuk pulang.

Jika berminat boleh hubungi (BOB) di talian 012-7451410.Sila pastikan anda membuat tempahan 2 bulan sebelum bercuti.

PAKEJ 4 HARI 3 MALAM (BANDUNG)

HARGA PAKEJ 4 HARI 3 MALAM (BANDUNG)
Dewasa- RM 1088
Kanak-kanak –RM 858
*Harga termasuk pengurusan bagasi dari Air Port Bandung,Pengangkutan (Bas),Makanan (Padang,Sundanese,Bandung,Jawa), Hotel*** ,Pemandu pelancong serta Air Port tax dan pengurusan bagasi untuk pulang.
Nota :-
Harga tiket penerbangan Air Asia adalah tidak tepat ianya akan berubah dari masa-kesemasa. Oleh itu perubahan harga tiket adalah tertakluk kepada tarikh dan waktu penerbangan tempahan tiket tersebut.

Harga Pakej 4 Hari 3 Malam Tanpa Urusan Tiket Kapal Terbang.
Dewasa – RM 588
Kanak- Kanak – RM 438
*Harga termasuk Pengurusan bagasi dari Air Port bandung, Pengangkutan(Bas),Makanan(Padang,Sundanese,Jawa,Bandung)
Hotel ***,Pemandu Pelancong dan Pengurusan Bagasi serta Air Port tax untuk pulang.
Jika berminat boleh hubungi(BOB) di talian 012-7451410.Sila pastikan anda membuat tempahan 2 bulan sebelum bercuti.

PAKEJ 4 HARI 3 MALAM (JAKARTA BANDUNG)


HARGA PAKEJ 4 HARI 3 MALAM (JAKARTA / BANDUNG)
Dewasa-  RM 1288
Kanak-kanak –RM 988
*Harga termasuk pengurusan bagasi dari Air Port Jakarta,Pengangkutan (Bas),Makanan (Padang,Sundanese,Bandung,Jawa), Hotel*** ,Pemandu Pelancong serta Air Port tax dan pengurusan bagasi untuk pulang.(FULL BOARD)
*Berdasarkan jadual yang  telah dibuat 40 orang dewasa 10 orang kanak-kanak.
Nota :-
Harga tiket penerbangan Air Asia adalah tidak tepat ianya akan berubah dari masa-kesemasa. Oleh itu perubahan harga tiket adalah tertakluk kepada tarikh dan waktu penerbangan tempahan tiket tersebut.

Harga Pakej 4 Hari 3 Malam Tanpa Urusan Tiket Kapal Terbang.
Dewasa – RM 788
Kanak- Kanak – RM 588
*Harga termasuk Pengurusan Bagasi dari Air Port Jakarta, Pengangkutan(Bas),Makanan(Padang,Sundanese,Jawa,Bandung)
Hotel ***,Pemandu Pelancong dan Pengurusan Bagasi serta Air Port tax untuk pulang.(FULL BOARD)
*Berdasarkan jadual yang telah dibuat 40 orang dewasa dan 10 orang kanak-kanak.
Jika berminat boleh hubungi (BOB) di talian 012-7451410.Sila pastikan anda membuat tempahan 2 bulan sebelum bercuti.

Friday, December 25, 2009

pakej cuti-cuti ke Bandung

HARGA PAKEJ 3 HARI 2 MALAM (BANDUNG)

Dewasa- RM938

Kanak-kanak –RM 798

*Harga termasuk pengurusan bagasi dari Air Port Bandung, Pengangkutan (Bas),Makanan (Padang,Sundanese,Bandung,Jawa), Hotel*** ,Pemandu Pelancong serta Air Port tax dan pengurusan bagasi untuk pulang.

Nota :-

Harga tiket penerbangan Air Asia adalah tidak tepat ianya akan berubah dari masa-kesemasa. Oleh itu perubahan harga tiket adalah tertakluk kepada tarikh dan waktu penerbangan tempahan tiket tersebut.

Harga Pakej 3 Hari 2 Malam Tanpa Urusan Tiket Kapal Terbang.

Dewasa – RM 438

Kanak- Kanak – RM 358

*Harga termasuk Pengurusan bagasi dari Air Port Bandung , Pengangkutan(Bas),Makanan(Padang,Sundanese,Jawa,Bandung)

Hotel *** ,Pemandu Pelancong serta Pengurusan Bagasi dan Air Port tax untuk pulang.

Jika berminat boleh hubung(BOB) di talian 012-7451410.Sila pastikan anda membuat tempahan 2 bulan sebelum bercuti.

Thursday, December 24, 2009

SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum kepada para bloger-bloger yang terdapat didalam dunia ni.Tujuan kawan mempersembahkan blog kawan ni sebagai rujukan kepada kawan-kawan yang teringin nak makan angin ke luar negara tapi pening takut budget ciput!!!jadi dekat sini kawan ceritakan serba sedikit pengalaman kawan.....