Monday, April 5, 2010

BAJAI DI JAKARTA

Cerita tentang kenderaan yang popular di Jakarta ni ada satu yang agak unik dipanggil "Bajai".Ia merupakan pengangkutan budget selain dari "Ojek".Kalau bagi family yang kecil disini banyak menggunakan Bajai ni yang boleh memuatkan lebih kurang 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak yang di pangku.Bajai mempunyai 3 roda yang masing-masing dihias menarik macam Beca bila diMalaysia.Kalau di Siam dipanggil "Tut tut" lebih kuranglah dengan Bajai ni.Dalam gambar ni kelihatan sebuah Bajai yang cuba nak cilok didalam "macet" kota Jakarta..Memang dah diketahui Kota Jakarta memang sangat macet(jem) kerana populasi disini menjangkau 11 juta orang,ramai kan?Ish...ish itulah Jakarta yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus merempat...Kalau di Jakarta banyak Bajai yang membuat jalanraya kelam kabut di Bandung pula dengan Angkutan Kotanya..yang pasti merekalah yang membuat keunikan kepada pelancong yang bertandang di sini...Nak try naik Bajai jomlah...

Sunday, April 4, 2010

MINUMAN JUS JANGAN BIARKAN AKU SENDIRI DI JAKARTA

Cerita pasal minuman jus ni ada Jus yang diminum oleh ahli rombongan kami yang memang menjadi bahan gelak tawa dimana jus tersebut diberi nama "jangan biarkan aku sendiri" macam tajuk lagu pun ada...Jus ni sebenarnya jus strawberry yang dicampur dengan susu cair dan satu lagi jus buah...rasanya memang sedap dan harganya dalam Rp8000 sahaja..Makanan atau minuman di Indonesia ni memang murah -murah belaka jadi tak hairanlah kenapa orang kita selalu datang kesini..Jus ni hanya terdapat di Restoran Desa sahaja kat tempat lain mungkin diberi nama lain kot...jadi kalau nak try??Jomlahhh

SOTO BETAWI DI JAKARTA

Opps...Sebelum terlupa kami ceritakan cerita Kota Bandung lagi selepas ini  suka saya ceritakan pengalaman kami makan Soto Betawi di food court Mangga Dua..Soto betawi ni seakan akan lontong bagi kita dimana didalamnya boleh diletakkan mee,bee hoon,nasi empit atau di buat lauk untuk dimakan dengan nasi..jadi kami pilih untuk dimakan dengan nasi jadi didalm soto tersebut dimasukkan hirisan daging lembu yang nipis dan boleh diperah limau purut dan dijadikan  kuah makan nasi tengahari semasa kami di Mangga Dua..kemudian ada juga disediakan timun dan lada jeruk yang sememangnya membuka selera bila kita pekena Soto Betawi ni..Kemudian airnya pula kami minum teh botol dingin..Cerita tentang Teh botol ni bagi sesiapa yang  belum cuba  bila ke Indonesia bolehlah rasa, pada saya memang saya kurang gemar teh ni pasal rasa dia agak berlainan dengan teh kita jadi kalau  kawan-kawan teringin nak rasa Soto Betawi dan Teh botol ni followlah kamiii....

PEMANDANGAN WAKTU MALAM DARI HOTEL ORCHARD JAKARTA

Bila perut dah kenyang dan dah pusing-pusing Kota Jakarta tiba masanya kita balik Hotel untuk beradu maklumlah esok ada lagi agenda yang agak memenatkan juga ya itu perjalanan ke Kota Bandung..Sambil melayan mata nak tidur bila tengok ke luar jendela terperasan keindahan kota Jakarta waktu malam boleh tahan jugalah..Biasanya aktiviti malam di Jakarta ni memang hidup macam Kuala lumpur jugalah tapi lagi happening kot..he he kalau nak tahu happening tak Jakarta waktu malam?Ikutlah kami bersama HoneyManisTravel...

MAKAN MALAM YANG MENYELERAKAN DI RESTORAN MASAKAN DESA DI JAKARTA

Selepas berehat dan menyegarkan diri di Hotel Orchard kami semua di bawa untuk makan malam di sebuah Restoran yang agak popular di kalangan orang Malaysia sewaktu berada di Jakarta ya itu Restoran Masakan Desa..Disini bermacam jenis masakan yang oleh kita perolehi sehingga Mee goreng mamak pun ada..Tapi bila dah tiba kat sini kalau boleh makanlah makanan yang tak terdapat kat malaysia..malam itu ramai makan makanan yang berasaskan mee kerana nak tukar selera pulak asyik nasi je kata semua...Kalau nak tahu Restoran ini berdekatan dengan Restoran Nasi padang Garuda di Jakarta jadi kalau nak tukar selera asyik makan nasi je bolehlah menjamu selera disini dengan harga yang sangat-sangat berbaloi dengan suasana yang nyaman dan dibawah sinaran lampu kuning yang romantik...Kebanyakkan tetamau saya yang dibawa kesini rata - rata memang tak ade komplain selain nak pergi selalu adalah...So cukup cerita pasal makan malam di jakarta ni selepas ini saya akan bawa saudara semua jelajah dari Jakarta ke kota Bandung yang dingin...Jadi ape lagi HoneyManis Travel sedia membawa anda...

Saturday, April 3, 2010

ORCHARD HOTEL JAKARTA

Setelah penat bershopping di Mangga Dua sampailah kita di Hotel tempat biasa Honey Manis Travel bermalam iaitu Orchard hotel..Hotel ni terletak ditengah Kota Jakarta dan merupakan Hotel tiga bintang..Suasana hotel ni memang menarik sambil kita boleh saksikan keindahan Kota Jakarta dan yang pentingnya harganya murah dan selesa he he...Kebanyakkan tetamu kami yang menginap disini puas hati dengan layanan dan service yang diberikan pihak hotel dan kalau saudara ke Jakarta jangan lupa Honey Manis Travel boleh uruskannya..Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Hotel Orchard ni jangan lupa contact kamiii....

MANGGA DUA JAKARTA

Ha sampailah tempat utama yang pasti kalau ke Jakarta ni memang tak sah kalau tak kesini sudah tentu Mangga Dua...Saya di pahamkan mengikut cerita orang tempatan disini nama mangga dua diperolehi semasa tempat ini nak dibangunkan waktu itu ada sebatang pokok mangga yang besar lagi rimbun tapi buahnya hanya dua biji jadi lekatlah nama tempat gedung ini dibina mangga dua...jadi apa yang boleh kita cari di mangga dua ni?Ok magga dua merupakan sebah pasaraya yang mirip kepada pasar Baru di Bandung tapi disini lebih tersusun dan sistematik..Dari kaki hingga kepala semuanya ada dijual disini yang pentingnya?Uwang...Ada uwang semuanya jadi he he...barang-barang yang terdapat dimangga dua ni ada yang ori dan ada yang ciplak biasalah yang penting syok sudahlah...Kebanyakkan barangan yang dijual disini harga lutsinar maknanya tak boleh nak tawar sangat itu yang kurang menarik sikit..kalau di pasar baru Bandung setiap barang yang dijual kita boleh tawar dari 50% tapi disini tak dapek Dik....frust frust..Biasalah orang yang berbelanja disini orang bandar katakan jadi diaorang mana nak tau tawar-tawarkan...Semasa saya rakamkan gambar ini kami dah penat pusing membeli belah itu yang sempat nak ambil gambar tu...Jadi kepada kawan-kawan yang teringin berbelanja disini cari dengan teliti dan kalau boleh jangan terpedaya dengan harga lutsinar yang diberi ada can Tawarrr....Seperti biasa kawasan seperti ini memang sesak dengan orang ramai jadi tolong jaga keselamatan maklumlah Jakarta tak sama dengan di Bandung kerana di Bandung orangnya ramah-ramah tapi di Jakarta orang disini sibuk-sibuk belaka tak sempat nak layan kerenah kita jadi kalau boleh jalanlah secara berkumpulan dan beg,pouch atau sling bag letakkan di bahagian depan takut nanti dicopet la pulak....kalau nak tahu lebih lanjut pasal Mangga Dua ni ikutlah Honey manis Travel....

MAKAN SIANG DI R&R KM19 JAKARTA

Selepas selamat sampai ke Jakarta perkara yang utaman perlu di buat ialah makan siang.Waktu gambar ini diambil kami singgah makan siang di salah sebuah restoran nasi padang di Jakarta.Menu utama yang kami minta disediakan ada antaranya pucuk ubi,oatak lembu masak padang,kaki lembu masak kari ala padang yang memang sangat menyelerakan...maklumlah perut masing-masing dah berkeroncong he he...Masing-masing tak terkata apa apabila lihat lauk yang dihidangkan memang dah tentu penuh meja di buatnya...Di Restoran padang ni lauk yang dihidangkan memang banyak tapi kalau kita tak cuit atau rasa kita tak perlulah bayar untuk hidangan tersebut yang hanya kita makan sahaja yang akan dikira..Nak dijadikan cerita semasa kami semua menjamu selera disini ada antara tetamu kami yang tak dapat nak merasa makanan padang ni kerana rupanya tengah mabuk kapalterbang jadi dia hanya minum airlah jawabnya sambil melihat kami menjamu selera...Sebagai tips kalau ada antara saudara yang mabuk naik kapalterbang tolonglah siapkan pil mabuk...bukan apa just tak nak perut tu kosong dan tak bertenaga kerana biasanya jadual yang kami buat memang pek...takkan pergi tempat orang nak baring kat hotel je kot...ok lah selepas ini bermulalah penjelajahan kami jadi!tunguuuu....