Monday, February 15, 2010

MASA DALAM KAPALTERBANG














Bertemu kita lagi dalam blog HoneyManisTravel ni.Just saja nak cerita waktu saya dan family di dalam kapal terbang masa nak jalan-jalan.Nak dijadikan cerita esok kami nak pergi travel Si Honey meragam la pulak..demam jadi malam tu terpaksa la bawak dia ke Jabatan Kecemasan pasal klinik semua dah tutup.Jadi lepas ambil ubat kitaorang balik umah jaram kan kepala ngan badan dia dengan air sejuk..mengigil juga si Honey tapi, elok pasal nak kurangkan kepanasan dalam badan dia. Alhamdulillah esok masa kitaorang travel dia just layan blues je..Dari start naik kapal hingga landing bantai tido je.Yang penat melayan Mummy dia la jawabnya. Petua anak kurang sihat, bila kita nak pergi travel jangan panik...just cari ubat yang sesuai dan jangan lupa bawak bekalan ubat tu pasal di tempat orang ubat kat sana tak berapa serasi.Masa ni si Honey masih hisap susu lagi jadi saya banyak bagi dia minum air kosong pasal nak kurangkan suhu badan dia.Jadi kepada traveller yang mungkin atau nak ikut kembara HoneymanisTravel lepas ini kalau ada anak yang tak sihat jangan panik yang penting ubat mesti standby k...Ok jumpa lagi kita di dalam cerita yang lain....

Saturday, February 13, 2010

BERSAMA TEMAN DI BANDUNG

Cerita pasal travelling ke Bandung ni kawan saya sewaktu saya pergi melancong kesana tak berapa lama dulu laa..Member ni orang Terengganu.Gambar ni dirakamkan sewaktu kita orang tengah sibuk nak balik tengah berkumpul di Loby Cemerlang Hotel.Sempat jugalah riuh-riuh dengan sesama tetamu..Waktu nilah kita boleh tengok masa datang semua beg ringan-ringan dan kelihatan kempis je,nah bila balik ada yang tak cukup satu beg,yang beg ringan tadi ha dah tak larat nak angkat...Ish -ish itulah penangan Bandung ni ...Anda bila lagi jomlahh...

Monday, February 1, 2010

STALL TEPI JALAN DI BANDUNG

Cerita pasal kedai di tepi jalan di Kota bandung banyak terdapat gerai kecil-kecil yang senang cerita stall kecil.Kebanyakkan  kedai ditepi jalan ni banyak menjual barang-barang kecil seperti surat khabar,makanan ringan,air mineral dan pastinya yang tidak ketinggalan ialah rokok.Cerita pasal rokok di Kota Bandung harganya sangat berbeza dengan di Malaysia harganya lebih kurang RM4 sahaja manakala di Malaysia kebanyakkannya dah jatuh kepada RM8 keatas..Tapi disini harganya sekitar itu sahaja.Nak dijadikan cerita pernah saya ingin membeli rokok Marlboro di salah sebuah Stall ni harga yang di tunjukkan Rp10600 di cakapnya Rp16000.Jadi kepada pembeli jangan terpedaya dengan mereka semuanya memang pelakon popular mentang-mentang dia tengok kita ni orang luar.Itu merupakan tips kepada mereka yang hendak makan angin sekitar Indonesia ni.lagi satu diantara stall yang terdapat disini ada juaga stall yang menjual DVD atau VCD "pirot"dan ada yang ORI..jadi pandai-pandailah pilih jagan beli filem porno sudah he he.Kalau nak test jalan-jalan di tepi jalan kota Bandung ni jomlah..Jangan lupa ikut Honeymanistravel...